NetBox untuk Pendidikan

NetBox untuk Pendidikan

June 29, 2021 Off By jaykayenn

Apakah NetBox?

NetBox adalah suatu alat komputer yang menyediakan kandungan dan aplikasi internet kepada suatu kawasan tempatan. Ia tidak memerlukan talian internet ataupun bayaran berkala. NetBox direka khas untuk kawasan pedalaman di mana perkhidmatan internet masih kurang disediakan.

Bagaimana NetBox berfungsi?

NetBox menyediakan jaringan WiFi tersendiri. Setelah disambung kepada jaringan WiFi ini, pengguna boleh menikmati pelbagai laman web yang disediakan dalam NetBox melalui alat peranti seperti telefon pintar ataupun laptop. Web browser seperti Chrome, Firefox, dll boleh digunakan seperti biasa.

Apa kandungan yang disediakan?

NetBox disediakan dengan pelbagai kandungan yang disalin secara terus dan menyeluruh dari internet. Pemilihan senarai kandungan adalah sesuai untuk tujuan pendidikan sekolah rendah dan menengah, sama ada untuk bahan rujukan, ataupun untuk penyeliaan kursus dan pelajar.

Contoh kandungan:

  • Wikipedia (EN dan BM)
  • Buku teks (EN dan BM)
  • Video pendidikan
  • Interactive science lab
  • Ceramah TED Talks
  • Aplikasi file-sharing
  • Aplikasi chat/messaging


Bagaimana NetBox digunakan untuk Pendidikan?

NetBox menyediakan dua fungsi utama: bahan rujukan, dan aplikasi penyeliaan/komunikasi

Walaupun NetBox menyediakan kandungan ini secara mirip dengan internet biasa, kecerdikan dan penyeliaan para pendidik masih diperlukan untuk memastikan kegunaan Netbox dalam sistem pendidikan tempatan. Guru sekolah digalakkan meneliti dan memilih kandungan yang sesuai mengikut keperluan tersendiri. Guru-guru juga perlu cekap dalam penyediaan dokument elektronik (rancangan kelas, kerja rumah, penilaian, dll) untuk sebaran melalui NetBox. Kemahiran asas komputer/internet juga perlu dipertimbangkan antara guru dan pelajar yang menggunakan NetBox.

Oleh kerana NetBox menyediakan talian Wifi dalam kawasan yang terhad sahaja, para pendidik adalah digalakkan mengkaji dan mengunakan kaedah pengajaran “asynchronous” yang tidak bergantung kepada live streaming/video conferencing/dll. Sebaliknya, guru-guru digalakkan merakam bahan pengajaran/dokumen secara offline untuk dimuatnaik ke dalam Netbox. Konsep “asynchronous” ini adalah amat penting diutamakan dalam suasana Covid yang kini tidak membenarkan pengajaran bersemuka.